Saturday, June 20, 2009

in 2006, time tu umur aku baru je 17 tahun and aku bakal menduduki SPM pada hujung tahunnya. Tahun itu memang mencabar bagi aku daripada tahun2 sebelumnya. Pada tahun itu juga lah aku kehilangan seorang insan yang bergelar Bapa, Suami dan Datuk. Ayah aku menghidap penyakit kanser usus dan meninggal dunia 6 bulan selepas itu.

Pada masa aku dapat berita tentang ayah aku dikejarkan ke hospital, ibu aku sms aku and masa itu aku di sekolah dan sms ibu aku berkata:

"ayien, mama otw pergi HUKM..papa kna masuk Hospital coz perut papa sakit..nanti balik umah mama ada letak rm20 bwah laptop utk ayien makan kat luar..mama x sempat masak..anything call okey!"

pada masa itu, hati aku just berkata ayahku hanya sakit perut biasa2 aja..x serius kot soo no worries...
then balik je kat umah sampai pkul 9 malam mama x balik lagi then aku pon call lah mama and mama cakap papa kna operate and mama otw amik aku utk pergi ke HUKM..
kitorang tggu jela papa selesai bedah kat luar Operation Theater dari pukul 10 p.m sampailah pukul 2 a.m baru habis..
doctor ade ckp something kat mama aku then mama aku tenang aja dan mula beritahu hal sebenar kepada uncle, aunty, kakak, abang dan last skali aku..
mama cakap yang papa kna Cologne Cancer and aku cam what is that..okey its a cancer..yelah, pada masa itu aku nie mmg tidak tau apa pun tentang kanser..dan aku pon buat relax je..

walaupun coz pembedahan dan perubatan lain percuma kerana papa aku adalah seorang Pegawai tentera..mama sudah habis berpuluh-puluh ribu untuk menggunakan ubat kimoterapi yang paling mahal di Malaysia sekadar untuk memberi ayah aku rawatan yang sempurna... seminggu papa kna kimoterapi sebnyak sekali dan maknanya sebulan 4 kali...kos untuk setiap sesi kimoterapi mencecah belasan ribu..bayangkanlah jika sebulan...

aku yang agak bodoh nie bersangka bhawa kanser tidak bahaya dan tidak akan menyebabkan kematian tetapi sebaliknya..doktor memberitahu ibu bahawa papa akan tahan paling lama pun 6 month dan mama senyapkan perkara ini pada pengetahuan aku..abang and kakak paham tapi mereka juga rahsiakan dari aku kerana xmahu aku risau dan x boleh belajar.

arwah papa ada ckp pada aku:

"belajar rajin2..dah berjaya jgn lupa daratan..jangan sombong..jangan bongkak..jgn dengki dgn orang..solat jgan tinggal..sentiasa bersedekah.."

bnyak lagi pesanan dari papa dan xpelah..biar aku saja yang tahu..
pada Isnin April 10 2006...arwah papa telah menyahut panggilan ALLAH S.W.T pada pukul 7.30 pagi di rumah kami..
pada masa itu aku baru sahaja sampai di sekolah dan kami berada dlam dewan skolah kerana perhimpunan. Hati aku berdetik tidak senang hati kerana henfon aku asyik vibrate je tapi x berani angkat coz nnti kena rampas..
tepat pukul 8 kawan aku seorang pengawas dan juga jiran aku kata.

"ayien, abang ko dtg jemput balik umah.Jum la aku temankan ko balik"

pada masa itu, aku seperti orang hilang akal kerana aku tidak tahu apa2 dan tros dibawa masuk kereta dan kawan aku ddk dihadapan dan aku dan seorang lagi kawan ddk di belakang. Abang beritahu bhawa papa dah tiada dan tabahkan diri..
pada masa itu aku tidak percaya dan terasa seperti berada dlm mimpi and blur giler.
sehinggalah aku sampai dah lihat sendiri papa aku telah terbaring kaku di atas katil dan ditutupi kain putih.
pada masa itu..aku terus menerkam papa dan suruhnya bangun tetapi itu hanya bodoh semata2..

aku sedih kerana tidak dapat lagi mencium tangannyer, tiada tempat mengadu, tiada sesiapa mahu memimpin aku pada masa akan dtng, tiada orang mahu nasihati aku, tiada lagi gelak tawanya, tiada lagi suaranya...pada aku masa itu aku sudah tiada sesiapa melainkan mama...

sehingga hari ini, setelah 3 tahun lebih sudah berlalu, arwah papa sentiasa dalam ingatan dan hati kami sekeluarga. Everyday ada aja cerita melucukan tentang arwah papa. Kami juga berperasaan seperti arwah papa sentiasa di samping kami walaupun dia sudah tiada.
sempena hari bapa, aku harap korang semua sayanglah pada kedua ibu dan bapa kamu..
jangan sekali-kali kata "ah" kerana itu derhaka, jangan sekali2 guris hati mereka kerana itu jaminan neraka...
korang sangat bertuah mempunyai bapa kerana ada tempat bergantung dan mengadu.Berjasa lah pada mereka selagi masa masih ada...

In Loving memory..
Husband, Father and grandfather
Hj Ahmad Shazali bin Dato Hj Ahmad Ghazali..

Al-Fatihah.....

4 comments:

  1. huhu...
    bgus la tu ..
    ingt pesan arwah...
    blaja rajin..

    ReplyDelete
  2. sedih...
    nk nanges dngr cite ni
    huaaa....
    tabah je k
    stiap yg idup pasti akan mati

    ReplyDelete
  3. so berusahe yg tbaik ..msti arwah ur dad tenang n bahgia tgk dr sne...

    ReplyDelete
  4. al fatihah buat arwah.
    semoga dicucuri rahmat.
    teruskan hidup sebagaimana dipinta.

    ReplyDelete