Thursday, May 7, 2009

Yang Ada dan Yang buat2 Ada

Dah sebulan aku stop buat new post kat blog aku nie..sorry la coz aku busy sikit lately..
ramai yang x abis-abis tanya aku tentang post aku yang baru.
okeyla, aku nak share sikit dgn korang pasal golongan Yang Ada dan golongan yang Buat-buat Ada.

kita semua tahu kan bahawa kat dunia nie, tidak semua manusia dilahirkan sempurna. Tidak kesah la sama ada dari segi rupa paras, fizikal, perangai, mahupun dari segi kewangan atau Harta. Ada yang dilahirkan giginya jongang lagi berlapis, telinga 'astro' dan juga hidung serombong keretapi. itu dari segi fizikal & rupa paras lah. Ada juga yang dilahirkan Miskin lagi Fakir, sederhana, mahupun Kaya Raya sampai duit berlambak macam ulat taik. Itu pula dari segi Harta/kewangan. 

okeyla, straight to the point. Aku nak share dengan korang tentang sebilangan kenalan di sekitar aku yang at the first sight, mmg mereka anak orang berada dan biase dengan hidup senang tidak seperti aku yang dilahirkan sederhana dan aku bersyukur dengan apa yang aku ada...itu baru first sight lah.
Standard lah kan bahawa kita as a student mmg makan and guna duit mak bapak kita untuk berbelanja x kira lah, makan, shopping, byr installment kereta dan ape2 lah. Soo, tak salah kalau aku kate rata2 student sume miskin sbb xde self income. Lainlah kalau anak Millionnaire, itu x dapat la dinafikan kan. Yang x syiok nyer adalah sesetengah anak remaja yang datang dari golongan pertengahan. Nak kata kaya tak dan nk kata miskin pun tidak. Ada daripada mereka berlagak dan cakap besar contohnya seperti apa yang membe baik aku yg Cultural Shock nie hah..(rujuk blog aku sebelumnya).

'my mom punya gaji rm20000, soo i every month shop. dkt Pavillion..Baju yang i pakai ni i beli dkat Burberry okey, it cost me rm2000++ okey'

okey, aku percaya dgn gaji MAK die sebesar itu. Tapi selepas itu aku ada la terlihat borang Permohonan die untuk buat loan MARA and suddenly aku dgn tak sengaja terlihat slip gaji mak die bukan rm20000 ye kawan-kawan, tapi rm4598 gaji bersih..aduhai!!..lagi mau buat cita meletop ckp gaji mak die sebesar itu dan pakai baju Burberry. Tapi aku buat bodo aja sbb xmau malukan dia. Yelah, dah kata "Kawan Baik" kannn...  :DD
itu lain, ada kawan aku yang cakap kat aku;

'ohh, cardigan nie i beli kat Topman'

okey, Chantek designyer and sure mahal aku ckp begitu.
Sekali, minggu depannya aku pergi Times Square aku nampak design, warna, and semua yg berkaitan dengan cardigan tue bukan kat Topman, tapi kat kdai nama Toplus and harga rm49.90 harap maklum.

hai, peliklah aku tengok dunia pada masa kini. Orang kaya lagi xmau orang tahu dia kaya tapi orang sederhana dan ke bawah, berlagak macam anak orang kaya.
aku nie x abis2 buat dosa kering, tapi tujuan aku bukan nak malukan orang tapi sebagai moral kepada semua pembaca bahawa kita perlulah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalu tiada, buat cara tiada, kalau ada diam2 sudah. Now bila orang da tahu kan malu..mau letak mana muka!!....

Ohh!!
:DD



No comments:

Post a Comment