Saturday, May 16, 2009

Ustaz Blonde

Sejak kebelakangan ini, aku tak habis2 buat dosa kering..yelah, mengata sana, mengutuk sini, mencaci sana, mencaci sini...kira setiap masa lah aku ada buat dosa kering. Tapi ini lumrah alam lah dimana setiap manusia tidak terlepas daripada membuat dosa. Tidak kira lah kau tu anak raja ke, Tengku ke, anak orang kaya Brunei ke, malah Ustaz juga mahupun Imam sekali dengan anak dia lah juga. Semuanya buat dosa kecuali seorang iaitu Nabi Muhammad S.A.W iaitu Pesuruh ALLAH S.W.T.

Post aku yang baru kali ini aku tak mahu lah bercerita pasal di alam Duniawi tetapi sebaliknya tentang alam yang kekal abadi. Aku nie bukanlah pandai agama sangat, walaupun rambut aku warna Gold dan bertindik di hidung, aku still tahu juga pasal haram dan halal. YEs!!..memang haram tindik dan colour rambut, tapi biarlah ini menjadi urusan aku dengan yang maha ESA. Okey, no more babbling..
Allah S.W.T ada menyebut bahawa, syurga mempunyai 7 lapisan. Setiap lapisan mempunyai darjat nya yang tersendiri. Syurga itu adalah suatu perkara yang indah dan nikmatnya dan keadaanya tidak dapat dibatasi oleh pemikiran manusia. Al-quran ada menyebut bahawa di dalam syurga terdapat sebatang sungai yg mengalir jernih dan airnya boleh diminum dan rasanya begitu manis sekali. Apa sahaja yang dihajat oleh penghuni syurga semuanya ditunaikan dan semua yang hidup didalamnya bersenang-lenang dengan pasangan masing-masing. Dan yang kenikmatan yang paling untung diterima oleh penghuni syurga adalah mereka pada setiap hari dapat menatap wajah ALLAH S.W.T..Lihatlah, bertapa besarnya kuasa ALLAH S.W.T
Pada saat sakaratulmaut orang-orang yang beriman dan solehah, malaikat akan mendepakan sayap kanannya dan terlihatlah oleh para mukmin keindahan syurga sehingga mereka terus lupa kepada kehidupan dunia, sanak-saudara, anak-anak, ibu bapa kerana mereka tidak sabar untuk pergi ke syurga dan terus berada kekal abadi didalamnya.

hah!..itu orang yang beriman..now, lets begin with the best part..
Kalau syurga ada 7 lapisan, Neraka juga mempunya 7 lapisan..Sama juga dengan syurga dimana setiap lapisan di neraka mempunyai darjatnya dan semuanya berdasarkan pada amalan di dunia. Di dalam neraka, mempunyai suatu tasik di mana airnya adalah berasal daripada Darah dan baunya busuk sekali dan lebih busuk daripada bangkai. Api yang membara di Neraka jahanam juga sangat panas yang tidak terhingga dan apinya juga berwarna hitam yang teramat lagi. Al-quran juga ada mengata bahawa, sebesar lubang jarum api neraka itu, ia boleh membakar seluruh bumi dan penghuni sehingga ke hujung dunia. Lihatlah bertapa dasyatnya kepanasan api neraka. Dan, para penghuni neraka juga dipakaikan baju dan bau baju tersebut amatlah busuk dan bangkai pon lebih wangi dari baju para penghuni neraka. Seandainya baju Neraka itu digantung di antara bumi dan langit, nescaya mati seluruh hidupan di bumi dan langit.

itulah dia kuasa ALLAH S.W.T dan balasan kepada manusia yang ingkar pada Allah. Setiap amalan yang dilakukan manusia di muka bumi ini akan dinilai di Padang Masyar. Dan setiap yang hidup pasti akan mati. Mati tidak mengira masa, mungkin lepas ini, esok, lusa, tahun depan. Tiada siapa tahu melainkan ALLAH S.W.T. Oleh itu, kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAh S.W.T dan semoga kita mendapat keberkatan dar-NYA.
aku doakan pada ALLAH S.W.T agar semua Roh-Roh orang islam yang telah meninggal dunia ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan lepaskan daripada azab neraka dan sentiasa mendapat nikmat dari-NYA... Amin...

In Loving Memory,
Haji Ahmad Shazali bin Dato' Haji Ghazali,
Humble, disciplined and honourable Father, Husband and Grandfather..
semoga Papa ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh dan mendapat rahmat daripada ALLAH S.W.T.... Amin Ya Robbal Alamin..

3 comments: